aiesya61

my diary my life
2014-06-01 18:20:40 (UTC)

aku seolah-olah bukan sesiapa

hari ni merupakan hari lahir mak kandung aku.mula2 aku nak call sebab nak ucap birthday tapi bila aku teringat sesuatu membuatkan aku membatalkan niat untuk menelefon dan aku buat keputusan untuk mesej je "selamat hari lahir yg ke43 mak,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.sayang mak"so,sekarang ni aku nak ceritakan serba sedikit pasal kejadian yang membuatkan aku tak nak call.bila nak diceritakan balik walaupun benda tu nampak simple tapi hmm.. entah kenapa hati aku rasa lain.masa aku call mak aku nak ucap "selamat hari ibu" tu mak aku seolah-olah macam layan tak layan je.aku ucap "mak selamat hari ibu,aishah minta maaf kalau ada buat salah dan tolong doakan aishah berjaya" pas tu mak aku cuma jawab "ha..ye" itu aje? hmm.. sekurang-kurangnya jawab la "terima kasih.ye,mak akan doakan aishah" ni.. tak
:( sedih nya.ada satu hal yang mengingatkan aku.ada satu hari tu akak aku tanya aku sama ada nak ikut diorang(keluarga kandung)atau tak pergi pedas.aku pon cakap la nak.akak aku cakap pergi hari ahad.masa balik sekolah aku pergi rumah mak long sebab ayah lambat jemput.mak long cakap mak noriah ada dekat pd(kalau tak silap la)dan tidur sana berkemungkinan balik hari ahad,kiranya masa tu hari jumaat.aku pon peliklah sebab macam mana nak pergi pedas kalau macam ni.keesokan harinya,sabtu.aku pon mesej la akak nak tanya jadi pergi ke tak sebnarnya sebab nanti senang nak kemas beg.aku tunggu je mesej akak tapi dia tak balas2.senang cerita aku telefon lah mak nak tanya lebih lanjut tapi ayah yang jawab phone.ayah kata mak tengah mandi kat laut.aku pon diam jelah lepas dengar ayah cakap macam tu.yang membuatkan hati aku sangat sedih masa tu




Ad: