aiesya61

my diary my life
2014-04-03 14:33:04 (UTC)

x tau nak bagi tajuk apa

hari ni aku tak berapa tahu nak cerita pasal apa.cuma... aku ni selalu teringatkan dia.kalau nak diikutkan,setiap hari.aku tak pasti sama ada dia rasa apa yang aku rasa.kina ada cerita yang kina telepati ngan bf dia.suatu malam dia menangis sambil menyebut "abang".pas tu keesokan harinya bf dia cakap seolah-olah dia dengar yang kina menangis-nangis sambil sebut "abang".masa tu aku rasa wahh... seolah-olah diorang tu ada ikatan kiranya hati mereka sehati sejiwa,boleh dikatakan macam tu la jugak huhu.. lepas tu aku berfikir sejenak,alangkah bestnya kalau dia pon dapat rasa macam tu.tapi... segala-galanya Allah yang tentukan.
dan lagi satu cerita.mai cakap syahid memang dapat 4A.dia cakap betul..sebab dia tanya kawan syahid.dia cakap kawan2 syahid ramai yang macam tak sangka.ha..kan boleh dapat kalau kita berusaha.sebelum ni dia cakap kat aku yang dia rasa rendah diri sebab dia banyak kekurangan terutama dari segi kepandaian.kiranya aku ni pandai dia tu kurang (bagi dia,tapi bagi aku manusia ni sama je)dan aku masih ingat satu perkara lagi.yang dia sedih pasal cikgu cakap aku tak layak dengan dia. dan aku cakap ngan dia supaya berusaha bersungguh-sungguh.buktikan pada cikgu yang dia pon mampu lakukannya,biar cikgu terkejut sikit.alhamdulillah... dia berjaya membuktikannya.k..sekarang ni aku rasa dia seorang yang berkemampuan sebenarnya untuk pergi lebih jauh berpadanan dengan usaha dan doa.aku..sentiasa doakan yang terbaik untuk dia walaupun dia tak tahu selama ni aku selalu mendoakannya.takpelah.. aku takkan bagitahu yang setiap kali selepas solat aku mendoakannya.mungkin dia rasa aku mendoakannya semasa aku setkat cakap2 ngan dia je.biarlah hanya allah saja yang tahu kan.. ^_^




Ad: