aiesya61

my diary my life
2014-02-21 05:16:28 (UTC)

rasa seperti tak dihiraukan lagi

hati aku resah gelisah memikirkan dia yang sekarang,adakah dia dah nak melupakan aku?adakah dia masih ingat janji dia pada aku?kenapa dia buat tak tahu dengan status aku?malam tadi aku online kejap guna phone sebab nak tengok sama ada dia dah baca atau belum status tu.aku rasa dia dah lama tak online.tapi hari ni aku online guna netbook.aku tengok dye became friend with 4 people..hari terakhir dia online pon hari rabu.tak kan lah dia tak perasan dengan status tu.dah terang2 ada kat timeline dia.siap aku tag nama dia ngan raizin sekali.takkan tak perasaaaannnnn?????? sekurang-kurangnya like pon dah cukup bagi aku yang dia baca dan hargai apa yang aku update tu.tapi.... macam hampeh je aku rasa.malam tadi aku tidur lambat.susah nak tidur.sebelum tidur aku buka phone,tengok gambar dia.aku rindukan dia sangat2... hanya allah saja yang tahu.namanya sentiasa muncul dalam doaku.kalau bukan selepas solat pon,ketika aku teringatkan dia aku pasti sekaligus mendoakannya.adakah ini yang aku dapat apabila sentiasa ingat padanya?apakah dia rasa apa yang aku rasa.kadangkala aku menangis kerana merinduinya atau kerana memikirkan tentangnya aku berdoa semoga alah tidak berikan kesedihan dan jangan menghukumnya jika telah membuat aku mengalirkan air mata pada ketika itu (kecuali kalau dia permainkan perasaan aku).sekarang ni aku berbelah bahagi sama ada mahu melupakan saja kisah aku dengan dia atau masih terus mengharap.pada saat aku menulis diari ni air mata sedia bertakung di birai mataku dan mengalir tanpa ada sesiapa yang tahu melainkan allah.adakah dia masih ingat dengan talian hayat untuk chat dia yang masih tinggal 2 lagi tu? kalau dia buat tak endah..apa aku boleh buat?mungkin jika itu yang terjadi aku akan belajar untuk melupakannya meskipun ianya pahit kerana dia merupakan insan pertama yang ada dalam hati aku(sebelum ni kat aidil 2 setakat suka2 macam tu je..sekolah rendah punya cerita sampai form 1)

mungkin ini memang jalan takdirku
menunggu suatu yg kini x bereti
semua janji diberi
tidak bermakna lagi
pada diriku

ku ingin dia tahu diriku di sini
menanti dirinya meskiku tunggu
hingga dia kata padaku
putus saja segalanya
dan lupakan kenangan bersama

ku harap dia maafkan aku
jika lukakannya
meski kita tak bersama
menjalin cinta
aku akan berdoa agar dia bahagia
bersama pilihannya
kerna ku tahu ku tak sempurna
tidak layak untuk bersamanya

(air mata jatuh) ~_~

aku tak suka misalnya, "dia dah bercouple ngan sorang budak tapi pada masa yang sama dia dah tinggalkan aku kerana budak tu.tiba2 dia nak get back balik ngan aku sebab dia tak tahan ngan budak tu"kalau macam tu lah aku tak tahu nak kembali semula pada dia atau "bla la kau dari hidup aku,aku tak nak lelaki macam kau yang dah ludah jilat balik,dulu bukan main lagi kau menolak aku yang dah lama tnggu kau sekarang ni jangan harap,macam mana aku nak kasihankan kau sedangkan kau tak rasa apa2 pon selepas apa yang kau dah buat pada aku"mungkin aku ni suka membuat andaian.aku tak tahu situasi sebenarnya macam mana.mungkin tidak seperti apa yang aku fikirkan.aku rasa sebaiknya...aku cuma tunggu dan lihat.apa yang bakal berlaku.yang penting aku tak nak menaruh harapan terlalu tinggi kelak nanti bila berlaku sesuatu yang luar dari tanggapan dan apa yang diharapkan,mungkin kita akan begitu kecewa.dah lah aku tak jadi BODOH DAN LEMAH KERANA CINTA YANG BELUM TENTU TERJAWAB.lebih baik aku lupakan semua ni dan fokus pada study.KALAU DAH JODOH TAK KEMANA kan tapi KALAU TAK BERSAMA..REDHA JELAH APA YANG DAH TERTULIS.. ^_^




Ad: