sarifahyusof

hajat
2010-04-06 19:36:08 (UTC)

HAJAT ISTERIKU

saya seorang suami merasa amat terkilan, saya amat
menyayangi isteri dan keluarga [email protected] anak anak saya. bagi
saya mereka adalah nyawa saya. saya sanggup buang kedua
orang tua saya dan keluarga saya demi kasih dan cintanya
saya kepada isteri saya. saya sanggup melakukan apa
sahaja untuk menuruti kehendak isteri saya , saya juga
akan berbuat apa saja tampa memikirkan kadang kadang
sampai melanggar undang undang untuk memenuhi hajat isteri
saya. selama 12 tahun saya berkerja keras tanpa mengira
kan halal atau haram. banyak juga yang halal ada juga yang
haram. tidak kira samaada melangar undang , menipu ( tidak
pernah mencuri ) asal kan hajat isteri saya tertunai. ya
kesan nya kami hidup mewah. segala apa perbelanjaan ,
bercuti, pakaian dan lain lain saya mempu berikan. dan
pernah juga istri saya meminta ( demi Allah ) tunai RM
100,000.00. (seratus ribu ringgit ) pun saya tunai kan.

Hampir 12 tahun kami hidup bersama . dan mempunyai 3
orang cahaya mata. saya akui ketiga tiga anak anak saya
ginius. pelajar terbaik di sekolah masing masing. malang
nya semakin hari kehendak dan selera isteri saya semakin
besar. sekiranya saya lambat tunai kan bermacam macam maki
hamun , ugutan apa saja menghina saya. dan mengugut
untuk ,mencari lelaki lain . kerana terlalu sayang saya
tunaikan juaga segala hajat nya. sepandai pandai tupai
melompat akhir nya jatuh ketanah juga. Saya dan rakan
rakan saya kantoi..... pada tahun 2006 saya telah di tahan
oleh jabatan siasatan jenayah kemersial. ... saya
redha ... inilah masanya saya membayar balik hutang yang
telah lakukan. inilah balasan yang harus saya terima....
saya bersedia jika dijatuhkan hukuman. tetapi saya dapati
ada komplot pula diantara rakan rakan saya. masing masing
hendak melepaskan diri masing masing. berlakulah rasuah
dan menrasuah. dengan mudah rakan saya iaitu "mastermaind"
dan seorang lagi dalam kes tersebut debebaskan begitu
sahaja. tinggal lah

saya terkontang kanting. semua kesalahan diletakan diatas
bahu saya seorang..... ternyata saya dikambing hitam ka
oleh mereka.. saya dijadikan korban !! semua kereta
dan akaun saya dibekukan..... saya hanyalah orang suruhan
walaupun bahagian saya mencecah jutaan ringgit. sebenarnya
mereka beroleh pendapatan lebih daripada saya. saya tidak
kisah kerana wang tersebut lebih dari mencukupi.... saya
tidak peduli... biar lah mereka dapat banyak pun....

saya insaf , saya sedar ... dengan kelulusan dan kemahiran
yang Allah kurniakan kepada saya , saya rasa saya boleh
memulakan hidup baru. saya ingin kembali ke pangkal
jalan, kejalan Allah . pada masa itu isteri saya telah
pun mempunyai perniagaan nya sendiri... Dalam jangka masa
yg singkat , perniagaan nya stabil ... tidak dinafikan
saya pun banyak membantu. kewangan dan moral, isteri saya
bukan lah berkelulusan dari Havard University yang ada
MBA. atau pun datang nya dari keluarga yang berada. Tiada
peniaga yang boleh stabil dalam jangka masa yang singkat ,
melain kan dgn pertolongan dari rakan rakan atau pun
keturunan nya adalah peniaga yang sudah berjaya....

saya ingin berehat , atau menumpang isteri saya sementara
saya berfikir untuk mencari peluang lain yang halal untuk
menyara keluarga. dalam masa yang sama ada menjalankan
sedikit perniagaan internet, pendapatan tidak seberapa,
cukuplah untuk saya dan anak anak makan, belanja sekolah,
minyak kereta....

Saya bersumpah, dalam tempoh masa tersebut saya tidak
pernah meminta wang belanja dari isteri saya walaupun
sepuluh sen...

Tamak tetap tamak ... sebenarnya dalam kehidupan kami,.
semuanya serba cukup walau pun sederhana.

isteri saya masih lagi tidak sedar , sedang kan dia tahu
saya mula ingin pulang kepangkal jalan , saya dan anak
anak tidak pernah meninggal kan solat sembahyang. setiap
kali saya dan anak anak berjemaah, saya selalu mengajak
isteri saya bersama berjemaah. malang nya dia terus
memarahi saya. katanya rumah nya sudah jadi macam reban
ayam, !!!
kerana sejadah telah menutupi lantai banglonya yang
berkilat....

setiap hari saya di hina di keji di caci meminta cerai ,
dikatanya saya penjenayah ... saya dihalau dari rumah...
malah semua pakaian saya yang mahal telah dibuang ..
pakaian saya diletakkan di dalam kotak sahaja. tidak
dibenar kan diletakan didalam almari....

lelaki mana yang boleh tahan,,, saya masih bersabar
walaupun terpaksa tidur di belakang rumah... demi masa
depan anak anak saya terus bersabar.

malang terus menimpa diri saya, walaupun saya sudah cuci
tangan tidak lagi melakukan apa apa jenayah . pada 25 hb
Januari 2010 terpampang di muka muka surat kabar
menyatakan saya telah dikendaki polis ...RANCANGAN SIAPA
KAH ITU ? HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA...DAN MAHA
MENGETAHUI.... utk menyelamat kan diri saya TERPAKSA
keluar dari rumah. BUKAN KERANA TAKUT, tetapi untuk
mendapat kan bantuan. TERNYATA MEREKA BENAR BENAR INGIN
MENGORBAN KAN SAYA. walaupun belum sampai lagi masanya
untuk kita umat islam menyambut Aidil Adha...

saya dicerca di caci dikatakan tidak memberikan nafkah
dikatakan pengecut, ISTERI SAYA DENGAN ANGKOH MENGUGUT
HENDAK MENGUPAH ORANG SUPAYA MEMBUNUH SAYA ( saya masih
simpan lagi sms tersebut) bermacam macam sms saya
terima...

Saya mendapat tahu , baru baru ini isteri saya telah
memberi maklumat yang salah kepada pihak polis untuk
memberkas saya. menyatakan tempat persembunyian saya .
Sepasukan polis telah ( berbelas orang angota) telah
menyerbu rumah kedua orang tua saya dikampung, semua
almari dan lain lain diselongkar. sedangkan istri saya
tahu yang saya tak akan balik kesitu. saya sendiri pun
merasa amat malu untuk pulang ke kampung setelah bertahun
tahun saya membuang mereka.... inikan pula saya telah di
chop sebagai penjenayah yang dikehendaki, isteri saya
hanya ingin memalukan saya sahaja..... kesan ya ibu saya
terus jatuh dan masih koma di hospital ....

saya tidak akan menyerahkan kepala saya untuk dikorbankan
begitu sahaja tanpa melawan... saya sedang berusaha untuk
mendapatkan pertolongan dari pihak bukan kerajaan (NGO) .
saya tidak akan berputus asa. selain berdoa kepada Allah
memohon keselamatan dan memberi kesedaran kepada isteri
saya bahawa apa yang dilakukannya adalah terlalu zalim,
dan supaya dia pulang kepangkal jalan... DUIT BOLEH BELI
APA SAJA DIDUNIA SEMENTARA INI, TETAPI DUIT TIDAK TIKET
UNTUK MASUK KE SYURGA YANG KEKAL SELAMANYA....... dari
suami yg terlalu menyayangi...


Ad:1